fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
tdktf

Menyedia dan mempersiapkan tempat untuk anak-anak belajar dan membesar adalah kewajipan semua pihak lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang cintakan akhirat. Faktor ini sangat berperanan untuk menyiapkan generasi mendatang yang berperanan sebagai khalifah Allah. Oleh itu perlu dipersiapkan sistem pendidikan yang menekankan kepada fitrah semulajadi dan potensi anak-anak secara menyeluruh,bersepadu dan seimbang berlandaskan kepada tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Tahfiz Fitrah menyediakan pola pendidikan bermula dari detik kelahiran bayi hinggalah menjelang akhil baligh supaya cinta pada Allah, kasih kepada Rasulnya dan berakhlak dengan akhlak mulia.Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang pelajar itu pandai tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia.
 
Ia amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia. Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang pelajar malah lebih jauh dari itu kerana ia akan membentuk sistem kehidupan yang menjamin kebahagiaan pelajar tersebut di dunia dan di akhirat
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL