fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
VISI
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

MISI
Memperkasakan sistem pendidikan islam di samping tuntutan pendidikan semasa pada peringkat pra sekolah bagi menjana generasi pelajar yang berketerampilan dari segi ilmu dan sahsiahnya.

OBJEKTIF
Objektif dan matlamat kami adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai gandingan ciri-ciri berikut :-
1.    Melahirkan individu yang beriman, berilmu, bertanggungjawab dan berketerampilan dengan skil-skil terkini (sistem pembelajaran).
2.    Berusaha mewujudkan peribadi yang mencernakan akidah dan akhlak islam.
3.    Untuk menyuburkan potensi pelajar dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan konsep pendidikan islam.

PENERAPAN NILAI
Pihak warga Tadika Tahfiz Fitrah akan berusaha menyumbang secara menyeluruh dan berkesan kepada kejayaan tadika seiring visi dan misinya. Justeru itu dalam sistem kerja, kami akan menerap ciri-ciri berikut:-

Fokus pengguna
Pihak tadika komited dalam menjalinkan hubungan baik antara para waris dan pelajar-pelajar sebagai individu penting yang sentiasa mempunyai keperluan dalam memenuhi tuntutan pendidikan anak-anak mereka. Maka pihak kami akan sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan tadika dari semasa ke semasa.

Kerja berkumpulan (Musyawwarah)
Kami sentiasa mewujudkan persekitaran dan suasana kerja yang kondusif bagi memberi ruang dan peluang kepada guru untuk mengoptimumkan potensi dirinya. Di samping itu, kami mengamalkan konsep keterbukaan dan perbincangan bersama dalam memikul tugasan agar wujud persefahaman dan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.

Inovasi
Kami para pendidik akan sentiasa melengkapkan pengetahuan mengenai pendidikan pra sekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

KEMUDAHAN
Tadika Tahfiz Fitrah mempunyai kemudahan sistem online untuk pendaftaran. Ibu bapa boleh terus mendaftar di rumah tanpa perlu bersusah payah datang ke tadika. Setelah pendaftaran disahkan dan pembayaran dilakukan, ibubapa akan diberi password untuk login ke dalam sistem untuk melihat resit pembayaran tersebut. Ibu bapa juga boleh membayar yuran pengajian dimana-mana cawangan kami, kerana semua cawangan kami memggunakan sistem online. Sistem kami adalah selamat kerana telah mengalami tempoh  percubaan selama lebih kurang tiga tahun. Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh mengetahui rekod kedatangan anak-anak, pencapaian anak-anak, malah boleh menghantar komen kepada pihak tadika. Segala ini kami lakukan supaya kami dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak umat Islam.
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL