fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
Pakej Tadika
Pakej ini menawarkan perkhidmatan pembelajaran akademik  dan agama kepada pelajar 5 dan 6 tahun, selari dengan  kebangkitan Islam yang kian memuncak di seluruh dunia, dimana umat islam dari pelbagai bangsa dan negara sudah ramai yang berusaha untuk  melaksanakan cara hidup yang bertepatan dengan ajaran Islam. Sukatan pelajaran yang diterapkan adalah dari sukatan pra sekolah Kementerian Pendidikan. Pembelajaran yang seimbang dari segi rohani dan jasmani adalah teras utama yang kami ingin tonjolkan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia. Sejajar dengan itu, kami sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelajar. Membimbing dan mentarbiah mereka untuk lebih maju di masa hadapan.

Antara matapelajaran yang di ajar disini termasuklah Matematik, Sains, English, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Penulisan Jawi, Bahasa Melayu dan Kreativiti. Pola pendidikan yang seimbang menjadikan pelajar lebih seimbang pada IQ dan AQ mereka.  Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan praktikal solat,  doa-doa dan alunan-alunan zikir munajat.

Pakej Transit
Dalil-dalil dari Al quran, Firman Allah s.w.t :
Ertinya : Allah mengakui bahwa sesungguhnya tidak ada tuhan selain dari padaNya dan malaikat-malaikat mengakui dan orang-orang berilmu, yang tegak dengan keadilan (surah Ali Imran ayat 18)
Maka lihatlah, betapa Allah s.w.t memulai dengan diriNya sendiri dan menduai dengan malaikat dan menigai dengan ahli ilmu. Ini jelas menunjukkan petanda kemuliaan, kelebihan, dan ketinggian orang-orang yang berilmu.
Bersesuaian dengan maksud di atas, Tahfiz Fitrah mengambil inisiatif untuk membimbing para pelajar sekolah rendah yang berumur antara 7-11 tahun untuk menguasai ilmu agama sekaligus melahirkan cendiakawan Islam pada masa akan datang. Pakej ini ditawarkan 2 sesi, pagi & petang. Tumpuan kami kepada pelajar yang bersekolah sesi pagi dan petang di Sekolah Rendah Pauh Jaya. Perkhidmatan Van disediakan untuk mengambil dan menghantar pelajar.
Pelajar diasuh untuk menunaikan solat jemaah sebelum memulakan kelas Fardu Ain. Kelas dimulakan dengan pembacaan Al-Quran dan Iqra'. Antara matapelajaran yang di ajar termasuklah Tauhid, Feqah, Tajwid, Sirah, Akhlak, Jawi, Tilawah dan Bahasa Arab. Pelajar juga di galakkan menghafal surah-surah bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka.

Pakej Taska
Taska Tahfiz Fitrah ditubuhkan bertujuan membantu ibu bapa mendidik dan  membimbing anak-anak kearah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.  Kami mempersembahkan model taska yang sesuai dengan keperluan umat Islam yang sudah mula melaksana kehidupan yang bertepatan dengan cara hidup Islam sebagai way of live.
Matlamat taska tahfiz fitrah :
1. Membina / merangsang minda / roh dan fizikal anak-anak sesuai dengan tuntutan islam
2. Menanam nilai-nilai islam dalam diri kanak-kanak
3. Melahirkan anak-anak yang berdisiplin menurut kehendak syarak
4. Memberi pendedahan kepada anak-anak sebelum melangkah ke sekolah dari aspek 3M (membaca , menulis , mengira )
5. Membimbing anak-anak supaya hidup dan membesar dalam suasana islam.

Penjagaan selepas sekolah. (Transit )
Pakej ini menawarkan perkhidmatan penjagaan sepenuh hari bagi pelajar berumur 5-6 tahun. Pelajar di dedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah sepanjang berada di tadika. Bermula dari seawal jam 7.00 pagi, pelajar diajar Iqra' dan bacaan “Anakku” terlebih dahulu sebelum segala aktiviti tadika bermula. Aktiviti tadika dimulakan dengan perlaksanaan solat Dhuha, doa2, surah2 & nasyid oleh pelajar-pelajar. Perjalanan tadika diteruskan dengan sesi pembelajaran bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30pagi.Kemudian pelajar akan diberi rehat (makan dan tidur) sebelum meneruskan aktiviti pembelajaran disebelah petang. Bermula jam 2.00 petang, pelajar akan memulakan aktiviti dengan melaksanakan solat Zohor sebelum meneruskan pembelajaran Fardu Ain. Pembelajaran Fardu Ain termasuklah Feqah, Tauhid, Sirah, Akhlak, Bahasa Arab, Tajwid, Jawi dan Tilawah Al-Quran. Sesi pembelajaran tamat pada jam 4.00 petang.Melalui perkhidmatan ini, kami cuba membantu ibubapa untuk membimbing anak-anak mendalami ilmu agama sekaligus melahirkan anak-anak yang berilmu dan berakhlak mulia.

Pakej Fardu Ain
Pakej ini menawarkan perkhidmatan Fardu Ain dan bacaan Al-Quran/Iqra' kepada pelajar. Ianya merangkumi pendidikan Al-Quran dan asas-asas Fardu Ain seperti Tauhid, Feqah, Bahasa Arab, Tajwid, jawi, Sirah, Tilawah dan juga Akhlak.Pakej ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.Melalui pakej ini pelajar didedahkan dengan ilmu-ilmu pengetahuan agama bagi memantapkan lagi sahsiah dan akhlak mereka.
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL