
Permulaan persekolahan dengan norma baharu
Tempat : Cawangan masing masing
Tarikh : 1 Julai
Hari : RABU
Pada 1 Julai 2020, Tadika Tahfiz Fitrah telah memulakan operasinya setelah sekian lama menutup operasinya. Di bawah merupakan beberapa perkara penting untuk ibu bapa patuhi
1. Sebelum ke tadika, pelajar perlulah sihat dan suhu tidak melebihi 37.4 keatas
.
2. Menggalakkan anak jagaan memakai pelitup muka.
3. Ibu bapa hanya menghantar anak anak di luar pagar tadika dan tidak dibenarkan masuk ke kawasan tadika
4. Sebelum masuk ke tadika, pelajar akan disaring suhu dan membasuh tangan.
5. Jika ada membawa bekal makanan, botol air, perlu di serahkan terus kepada guru bertugas
6. Disarankan membawa alat tulis sendiri dan ditulis nama.
7. Ibu bapa perlu mengambil anak tepat pada masanya iaitu pada 11.30 waktu tamat sesi pelajaran.
8. Segala perbincangan tentang pelajar perlu melalui whatsapp sahaja.
9. Pemakaian seperti biasa. Isnin, rabu, dan jumaat baju sekolah. Selasa dan khamis baju sukan.
Disini saya kepilkan garis panduan yang diambil dari kementerian pendidikan malaysia untuk ibu bapa atau waris.
senaraikan beberapa perkara penting untuk ibu bapa patuhi