fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
page


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratAllah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah Majlis Sambutan HariGuru Peringkat Tadika Tahfiz Fitrah 2018 diadakan di cawangan masing masing. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang amat istimewa khusus kepada semua guru di Malaysia.Tanggal16 Mei merupakan hari pengiktirafan negara terhadap jasa dan bakti guru atas usaha melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara untuk hidup kekal dalam suasana aman, harmoni dan makmur. Semoga jiwa pendidik yang luhur sentiasa subur dalam sanubari setiap guru. 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


OBJEKTIF

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
32154394 1695062157254362 7208777326987837440 o

32169009 1695158927244685 4913876412680634368 n

32186418 1695160030577908 4567049827774365696 o

32215177 1695159097244668 3971063325214638080 n

32222261 1695158987244679 4586414250469097472 n

32243724 1695160473911197 2718953759974621184 n

32283683 1695162493910995 2103686088366227456 n

32555230 1701057826654795 3778658724613193728 n

32602597 1701058969988014 6593753334643949568 n

32602615 1701058813321363 4724068922968506368 n

32634501 1701058713321373 514008861212934144 n


32781642 1701058386654739 7474474337609711616 n




Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL