Hari Graduasi Tadika Tahfiz Fitrah telah diadakan pada
Tarikh : 18 november 2017
Hari : Sabtu
Tempat : Surau Assobirin Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah Padang Menora Tasek Gelugor Pulau Pinang
Tadika Tahfiz Fitrah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan akademik. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafanoleh pihak tadika. Hari Graduasi Tadika Tahfiz Fitrah yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium bagi pihak tadika meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.
Hari Graduasi ini juga secara tidak langsung ianya mampu membuka ruang dan peluang kepada semua pelajar melibatkan diri di dalam persembahan. Di samping itu juga, seterusnya memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar. Pelajar juga akan lebih berkeyakinan dalam menonjolkan potensi diri masing-masing.
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL