fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Lantaran itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) misalnya, memberikan peluang kepada  para pelajar untuk mempelajari lima bahasa antarabangsa iaitu, bahasa Peranchis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui pembelajaran bahasa antarabangsa. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda.

Seringkali kita melihat pusat-pusat tuisyen mengadakan kelas Bahasa Inggeris, akan tetapi kelas Bahasa Jepun jarang sekali dibuka untuk masyarakat mempelajarinya. Oleh itu LOGIX SUCCESS LEARNING CENTRE SDN BHD telah mewujudkan kelas Bahasa Jepun dengan yuran yang rendah untuk membantu masyarakat dalam memahami Bahasa Jepun.

LOGIX SUCCESS LEARNING CENTRE SDN BHD diusahakan oleh Puan Siti Asma Binti Yusoff. Beliau adalah salah seorang pengarah di Logix Success Learning Centre Sdn Bhd sejak dari tahun 2016. Beliau juga adalah seorang Pengarah di salah sebuah syarikat logistik yang mengendalikan pengurusan pengangkutan laut, udara, darat dan pengendalian gudang. Beliau telah lama berkecimpung di dalam bidang tersebut lebih daripada 10 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas lebih daripada 20 tahun di dalam pengurusan operasi di beberapa kilang sebelum menceburi bidang logistiks dan servis. Pengetahuan yang luas di dalam kualiti sistem, perakaunan, 5S, khidmat pelanggan, motivasi, pengurusan syarikat dan lain-lain yang berkaitan, menjadikan beliau tenaga pengajar yang terbaik bagi membantu setiap individu dalam mempelajari ilmu dan pengetahuan untuk masa depan yang lebih bermakna. Pendekatan pembelajaran yang mudah di fahami, perkongsian ilmu dan tatacara pekerjaan adalah matlamat beliau bagi membantu individu dalam membina jati-diri dan pengurusan peribadi yang lebih baik dalam menjalani pekerjaan seharian. Beliau adalah salah seorang pengajar yang di ikhtiraf oleh PSMB di bawah ‘Train-the-Trainer’ program.

Beliau adalah graduan lepasan University of Nagoya, Jepun (1986~1990 – Degree in Chemical Engineering) dan pernah bekerja di syarikat-syarikat jepun yang besar seperti Toray Plastics (M) Sdn Bhd, NSCE Cooperations, Harimic (M) Sdn Bhd, Tanaka Electronics (M) Sdn Bhd sebagai pihak pengurusan atasan yang mengendalikan dan merangkumi hampir keseluruhan pengendalian di dalam syarikat-syarikat tersebut. Beliau adalah “management representative” yang di tugaskan mengendalikan dan memantau kualiti sistem di dalam syarikat beliau.

Beliau juga merupakan pengarah di beberapa syarikat kumpulan Logix Express Sdn Bhd di mana Logix Success Learning Centre Sdn Bhd merupakan pusat pembelajaran di bawah jagaan beliau. Fasih di dalam Bahasa Inggeris dan Jepun dan pernah menjadi penterjemah di beberapa syarikat di dalam dan luar negara.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai kelas BAHASA JEPUN, boleh menghubungi 
012-4131069
017-4700286




23804328 1734269909940813 96999759 n




Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL