fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
IMG 20170824 085546



SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT TADIKA TAHFIZ FITRAH TAHUN 2017

Pada 24 Ogos 2017 bersamaan hari rabu, Tadika Tahfiz Fitrah telah menganjurkan program sambutan kemerdekaan peringkat tadika Tahfiz Fitrah Tahun 2017. Program tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh pihak tadika bersempena dengan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, program tersebut juga berhasrat untuk mencapai objektif-objektif berikut: 

1. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
2. Murid-murid dapat mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
3. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu-padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
4. Murid-murid dapat mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Sambutan kemerdekaan peringkat tadika ini dijalankan dari pukul 8.30 pagi selepas solat dhuha hingga kira kira 10.00 pagi. Antara agenda yang dijalankan adalah seperti berikut: 

1.0 Murid berkumpul dan beratur di ruang hadapan tadika
2.0 Aktiviti senamrobik
3.0 Nyanyian lagu patriotik beramai-ramai
4.0 Perarakan kemerdekaan sekitar Tadika Tahfiz Fitrah
5.0 Bergambar bersama bendera Malaysia


21077540 1440276442732936 1173003416149656555 n
Pelajar taska 3 tahun 

21078758 1440276899399557 7338234691232698992 n
Pelajar 4 tahun as-shafie

21040823 1646429798724825 1161333562 n
5 Tahun Ibnu Sina

IMG 20170824 084608
Palajar berkumpul dan menyanyikan lagu patriotik


21100308 1646419802059158 75698551 n
Pelajar membuat perarakan di halaman tadika


Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL