fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
20294018 817591381741757 4769038632737054188 n


27 Julai 2017 (Khamis) – Tadika Tahfiz Fitrah telah menganjurkan Hari Sukan Tadika bertempat di hadapan cawangan utama Tahfiz Fitrah Taman Pauh Indah.

Sukan ini telah melibatkan pelajar dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Pelbagai acara menarik diadakan antaranta tarik tali, isi air di dalam botol, lompat di dalam guni, meniti kerusi sambil membawa gelong, tarik upeh, lompat pagar, dan mengepit baju di ampaian.

Sukan adalah suatu riadah. Secara definisinya, sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.

Terdapat beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak. Antaranya ialah :

1) Perkembangan Motor Halus dan Kasar

Perkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otak yang bekerja secara bersama.

2) Daya Pemikiran Kreatif

Sukan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mencabar daya pemikiran mereka. Kanak-kanak dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa yang telah diberikan. Itu baru suatu cabaran yang menarik!

3) Sikap Kerjasama

Sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain dapat dibentuk melalui acara sukan. Tiada istilah menang seorang diri dalam dunia hari ini. Semua perkara memerlukan kemahiran bekerjasama untuk sampai ke puncak yang diidam semua.

4) Disiplin

Sukan membentuk displin dan personaliti diri. Latih tubi demi latih tubi dalam suatu rutin sukan yang digemari bakal membuatkan anak itu bertanggungjawab mematuhi arahan dan displin terhadap diri sendiri.

5) Keyakinan Diri

Paling penting ialah semangat percaya pada kebolehan diri sendiri. Sukan mampu melonjakkan jati diri seseorang pelajar apabila setiap tugasan telah diselesaikan dengan sempurna. Ibu bapa juga melonjak gembira!

11

Pelajar dari cawangan 4 bersedia untuk ke cawangan utama

12
Pelajar memakai kasut sukan untuk ke padang 

13
Hadiah hadiah yang disediakan untuk pelajar

20264974 817657555068473 7433056705140292583 n
Pelajar bersenam sebelum sukan bermula

20293099 817595308408031 8618535699386548162 n
Pelajar 4 tahun berhati hati memasukkan air di dalam botol

20431228 1345407332239278 5284772852598262454 n

Antara aksi aksi pelajar 4 tahun

20265080 817604368407125 4071769432744992017 n

Pelajar 5 tahun memasukkan gelung selepas meniti titi (kerusi)

20292756 1345407188905959 4897336329808705169 n

Antara aksi memasukkan gelong

IMG 20170727 100243

Pelajar bersedia untuk lompat di dalam guni

20374483 1345407275572617 5014795116878597810 n
Antara aksi lompat di dalam guni

20264759 817634155070813 1525085469255026772 n

Pelajar 6 tahun mengepit baju di ampaian 

19642615 817592688408293 6373774874444543612 n

Pelajar 6 tahun menarik rakan mereka

20374711 817645988402963 8633880567188225432 n

Bersemangat Qistina Uzma untuk acara lompat pagar

20264623 817592605074968 7290150540545622473 n

Masing masing bersemangat dalam acara menarik tali

IMG 20170727 104851
Pelajar dengan hadiah masing masing
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL