fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
20229170 813837252117170 1302380334179279487 n

18 Julai 2017 (Selasa)
 – Tadika Tahfiz Fitrah telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Syawal 1438H bertempat di Cawangan utama Tahfiz Fitrah Taman Pauh Indah.

Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah yang dikongsi daripada ibu bapa pelajar di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan bersama guru guru dari pelbagai cawangan. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk meraikan hari lebaran bersama guru guru tersayang.

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hilmi Bin Ahmad diiringi dengan bacaan doa dan dipasangkan lagu lagu aidilfitri bagi memeriahkan lagi suasana. 


Majlis disambut bersama 3 cawangan yang terdiri daripada Taska, Tadika dan juga Transit. Seawal jam 9 pagi kesemua cawangan berkumpul di cawangan utama bagi memulakan majlis.

Sebelum Majlis bermula, pelajar diberi origami ketupat yang dihasilkan dan pelajar masing masing menulis nama di origami ketupat tersebut sementara menunggu guru guru dalam menyediakan tempat untuk pelajar berkumpul.

Selesai sahaja majlis, semua pelajar mula bergambar kenangan bersama guru kelas masing masing dan turut membantu membersihkan kawasan majlis.

IMG 20170718 083557

Pelajar cawangan 4 bersedia untuk ke cawangan utama

page2
Pelajar 4 tahun bersama origami ketupat mereka

page
Pelajar 5 tahun menulis nama masing masing dan bergambar bersama ketupat mereka

IMG 20170718 083214

Kami sedondon :)


IMG 20170718 092602

Ustaz Muhammad Hilmi turut serta dalam merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya

IMG 20170718 091544

Pelajar menunggu majlis bermula

20108660 1408301855930395 6320537190009413043 n
Gadis gadis comel Tahfiz Fitrah 

20155595 1408301802597067 237572995274106669 n

Assalamualikum semua.....

20139642 1408297879264126 2458232105786225388 n

Pelajar pelajar Taska Tahfiz Fitrah 

IMG 20170718 102120
Guru membantu dalam memberi juadah yang disukai pelajar 

IMG 20170718 101024
Sedondon bersama 

IMG 20170718 100537
Pelajar menikmati juadah yang dipilih
IMG 20170718 101618
Sehati sejiwa menikmati juadah yang sama 
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL