fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf

IMG 20170403 WA0021


Pada 1 april 2017 (Sabtu), telah diadakan satu lawatan tahunan Tadika Tahfiz Fitrah ke Enthopia (Taman Rama-Rama) dan juga Taman belia. Sebanyak 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar 4,5 dan 6 tahun bagi cawangan tadika 1,2 dan 4 telah menyertainya. Guru pengiring seramai 20 juga turut serta untuk melancarkan lagi lawatan tersebut. Sebuah bas, van dan juga MPV digunakan sebagai pengangkutan untuk ke destinasi lawatan. Sekitar jam 7 hingga 8 pagi, pelajar berkumpul dan di kelaskan kepada kumpulan masing-masing bersama guru pengiring yang ditugaskan untuk keselamatan pelajar. Setiap kumpulan pelajar mempuyai 3 hingga 4 orang guru pengiring. Ustazah Raudzoh (Guru Besar Tadika) pula memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Bagi pelajar cawangan 4, kumpulan mereka menaiki van ke cawangan utama untuk berkumpul di sana. Setelah kesemua pelajar dikelaskan kepada kumpulan masing-masing, makanan dan barangan di masukkan ke dalam bas, kami mula bertolak ke Enthopia setelah mendapat arahan daripada Ustazah Raudzoh. 

FB IMG 1491007551860Pelajar beratur mengikut kumpulan masing-masing
credit:makUzma

Penyertaan pelajar yang ramai menyebabkan 2 kumpulan pelajar menaiki van dan juga MPV. Memandangkan ada permintaan pelajar yang menaiki van dan MPV untuk menaiki bas, setelah perjalanan pulang, kumpulan pelajar yang menaiki van dan MPV pula menaiki bas bagi menikmati suasana menaiki bas bersama rakan dan guru. (Maaf tak sempat ambil gambar bas, van dan MPV)

Permulaan perjalanan amat meriah dimana pelajar masing-masing mengukir senyuman. Senyuman diukir apabila bertemu rakan, pertama kali menaiki bas, pertama kali menyertai lawatan, dan tidak kurang juga senyuman keseronokan ingin ke destinasi utama iaitu Enthopia. Tidak kurang juga ada yang terlelap kurang dari 10 minit perjalanan gara gara tidak tidur malam memikirkan keseronokan lawatan keesokan hari.

IMG 20170401 091315Fawwas keletihan tidak sampai 10 minit perjalanan 

17634577 1296567400437175 2881897212480151733 n
Ezza dan Putra senyum kegembiraan dalam perjalanan ke enthopia

Kira-kira jam 9.50 pagi, rombongan tadika telah selamat tiba di destinasi pertama iaitu Enthopia. Setibanya kami di sana, kami disambut mesra pihak Enthopia. Pelajar sangat berdisiplin apabila masing masing beratur mengikut kumpulan masing-masing. Pejalanan singkat untuk masuk untuk ke bilik pembelajaran sangat cantik, dimana dihiasi pokok yang indah dan rama-rama bertebangan disekelilingnya.

IMG 20170401 094542Pelajar bergambar kenangan di Landmark Enthopia

17634334 1295460097214572 6136866175311763490 n
Beratur sebelum masuk ke Enthopia

Di dalam bilik pembelajaran, setelah membuat sedikit perkenalan, fasilitator memilih 7 orang pelajar untuk dipakaian “costume” serangga. Pelajar yang dipilih ke belakang pentas dan guru-guru membantu dalam memakaikan “costume” tersebut. Apabila semuanya selesai, fasilitator memanggil seorang demi seorang pelajar diiringi muzik dan pelajar yang memakai “custome” naik ke pentas sambil fasilitator bertanyakan kepada semua pelajar apakah binatang tersebut. (Boleh lihat video rakaman di Facebook Page Tadika Tahfiz Fitrah). Setelah selesai, setiap pelajar yang memakai “costume” diberi sedikit cenderahati oleh fasilitator. Sesi pembelajaran telah bermula dengan perkenalan dengan serangga-serangga, cara membiak, bahagian badan, habitat dan banyak lagi. Setelah selesai, fasilitator telah mengadakan satu kuiz terbuka untuk pelajar dan pelajar yang menjawapnya dengan betul akan mendapat cenderahati dari fasilitator. Sesi pembelajaran telah tamat dan setiap kumpulan akan diberi setiap serangga yang dipelajari untuk disentuh dan dilihat secara dekat. 

IMG 20170401 100308
Pelajar dipilih mengikut kumpulan masing-masing


IMG 20170401 WA0117
Pelajar terpilih bersama pakaian serangga masing-masing

17626685 1296565850437330 446581826762308375 n
Haris mendapat cenderahati kerana menjawap soalan


IMG 20170402 WA0001
Izzat bersama belalang besar


IMG 20170401 WA0124
Shahadah Chinta yang berani 


17629950 1296577873769461 6242975324477641741 n
Beraninya pelajar Tahfiz Fitrah pegang ulat gonggok besar 

IMG 20170402 WA0043
Mengagumi ciptaan Allah

Setelah selesai sesi pembelajaran, pelajar melawat sekitar Enthopia. Taman ini sangat besar dan banyak benda yang menarik boleh dilihat serta pemandangan yang cantik. Semua pelajar berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan diiringi guru pengiring untuk melawat taman ini. Pelajar berada didalam taman dari jam 9.50 pagi sehingga 1.30 tengahari (Itu pun tak cukup melawat keseluruhan Enthopia). Kesemua pelajar dan guru mendapat cenderahati dari pihak Enthopia. 

17498733 1296583690435546 2632206650134281756 n
Siap ada escalator lagi untuk ke tingkat atas

17457616 1296574353769813 4558796294199947882 n
Best lah Uzma dapat bergambar bersama rama-rama

17626398 1296565793770669 6233272554500653185 n
Teruja melihat kala jengking besar

IMG 20170402 WA0019
Melihat Iguana

IMG 20170401 121350
Naufal sedang melihat biawak dari bawah kolam biawak 

IMG 20170401 121650
Rama-rama pun suka Balqis, manis 

IMG 20170401 122718
Laluan keluar dari alam rama-rama

IMG 20170402 WA0036
Bergambar kenangan dalam Enthopia

17426160 1295460007214581 6479120742123918055 n
BVergambar bersama guru kumpulan :)

Destinasi kedua kami ialah Taman Belia, sebelum itu pelajar menuju ke taman di belakang Enthopia untuk makan tengah hari. Ramai pelajar memuji makanan yang sedap dan menambah beberapa kali. Setelah selesai makan, semua bergerak ke Taman Belia untuk aktiviti santai pelajar. Rombongan bertolak dari Taman belia kira kira jam 4.21 petang dan selamat tiba di tadika masing-masing jam 5.15 petang.

17425152 1295259993901249 1156151802164410428 n
Tempat di tikar tak muat, kita makan atas ne ye :)

17553443 1295259877234594 9038050599311752668 n
Dah habis boleh tambah tau :)

17630173 1295259883901260 2188173108768114347 n
Muaz sambil makan sempat lagi memberi senyuman kat cikgu :)

17458415 1295264013900847 5544182634985084400 n
Emad, Aminuddin, Auni dan Aqil bermain di taman bersama :)

17630111 1295263657234216 551865951930936487 n
Tudia sampai terlompat Muaz :)

17629870 1296560170437898 235548543716429292 n
Bergambar sebelum pulang. Tapi ada yang ke tandas.

Semoga lawatan kali ini memberi seribu satu kenangan kepada pelajar dan guru dan yang paling penting membawa manfaat kepada semua. Lawatan ini bukan sekadar untuk bersuka ria, malah untuk kita menikmati dan mengagumi alam ciptaan Allah SAW. Banyak haiwan yang belum pernah kita temui malah belum kenal namanya. Begitu agung ciptaan Allah SAW mencipta sekecil kecil haiwan dan mempuyai fungsi mereka tersendiri. Ada yang membawa manfaat bagi manusia, dan ada juga yang bermanfaat bagi haiwan yang lain. 




Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL