fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf

SULTAN COLA.JPG




SIAPA KAMI ???
Syarikat Abdul Ghaffar berada dalam kedudukan unik sebagai sebuah syarikat berasaskan Pulau Pinang  dengan pengalaman yang tiada tandingannya dalam import dan eksport rempah , herba dan industri buah-buahan kering di Malaysia. Syarikat ini berjaya meraikan ulang tahun  ke 67 pada tahun 2016 .

Ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Abdul Ghaffar & dikorporatkan pada tahun 1992 . Syarikat itu telah berani melebarkan  sayapnya ke Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.   

AG Maufacturing Sdn. Bhd adalah anak syarikat Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn. Syarikat Bhd. Terkenal sebagai salah satu  pengimport produk dan pengeksport herba, rempah, dan buah-buahan kering. SAG Manufacturing Sdn Bhd (SAGM) beroperasi sebagai pengeluaran semua produk yang diperlukan oleh  pelanggan melalui Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn Bhd . Yang paling penting hasil produk oleh syarikat menggunakan bahan mentah yang diimport khas dari luar negara seperti Mesir, Tunisia , China, Indonesia dan negara Teluk .

SAG Trading Sdn Bhd menawarkan produk jenis makanan kering seperti kismis, prun, aprikot, limau bali, kiwi dan sebagainya. Kami  juga mengimport beberapa jenis kacang seperti badam, gajus, pistachios dan lain-lain. Pada masa ini tumpuan pasaran adalah sekitar Asia Tenggara.

arab 2.jpeg

arab



kurma


Apakah antara khasiat utama kurma?


1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.


2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Khasiat Kismis
Raisins

“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa.
Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran. 


Antara Khasiatnya ialah :


                                                                                              1. menguatkan daya ingatan

                                                                                              2. mengubati penyakit lupa
                                                                                              3. mencerdaskan minda       
                                                                                              4. memutuskan balgham
                                                                                              5. membersihkan hati
                                                                                              6. mencerahkan mata


                                                                                                                                                     
                                                                                       KHASIAT  KEKACANG

Nuts

Ini kerana kekacang sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat. Selain sebagai sumber protein, ia boleh;


- Menstabilkan paras glukos dalam darah

- Menyeimbangkan tindakbalas elektrolit dalam tubuh

- Meningkatkan kadar metabolisme



Buah Tin

Khasiat Buah Dan Daun Tin Untuk Kesihatan

Buah Tin atau yang biasa kita sebut sebagai buah ara merupakan salah satu buah yang disebutkan dalam kitab suci Alquran. Dalam ayat At-Tin, Allah bersumpah akan keagungan dan kemuliaan buah surgawi yaitu buah tin dan zaitun. Hal ini dapat membuktikan bahwa terdapat kandungan yang luar biasa pada buah tin. Buah tin banyak ditemukan di pesisir Laut Tengah, sehingga buah ini banyak disebut dalam literatur-literatur sejarah kuno dan  juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Dari sejak dulu, buah tin dikenal memiliki manfaat dan kegunaan bagi kesehatan. Banyak penelitian yang menunjukkan bahwa   cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical memiliki kemanjuran tinggi. Pernah suatu waktu Nabi Muhammad SAW mengomentari buah ini dalam salah satu Sabda-Nya: “Jika Aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)….”

Buah Tin mengandung unsur gula yang sangat tinggi dan juga mengandung garam utama, seperti kalsium, fosfor, besi dan sejumlah vitamin, seperti vitamin A dan B. Selain itu, juga mengandung vitamin K yang masuk dalam proses pembekuan darah dan berfungsi menghentikan pendarahan.

Bukan hanya buahnya saja yang bermanfaat bagi kesehatan, tetapi daunnya pun memiliki banyak khasiat. Berikut ini merupakan manfaat daun dan buah tin yang dapat dijadikan sebagai referensi untuk memperoleh hidup yang lebih sehat dengan cara yang alami.





          
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL