fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
tadika hari merdeka


Pada 19 Ogos 2016 (Jumaat), Tadika Tahfiz Fitrah telah menyambut Hari Kemerdekaan secara meriah bertempat di hadapan Tadika Tahfiz Fitrah sendiri. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Hassan Mohammad, iaitu pengarah Biro Tatanegara (BTN) Pulau Pinang atau pun lebih dikenali dengan nama Cikgu Hassan. Cikgu Hassan juga adalah bekas penolong pegawai pendidikan daerah Seberang Perai Tengah dari tahun 2007-2013. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pengarah BTN Pulau Pinang bermula pada Jun 2014. Majlis yang penuh bermakna ini juga dihadiri oleh Pengetua Tadika Tahfiz Fitrah iaitu Ustaz Muhammad Hilmi Bin Ahmad, semua guru-guru dan juga pelajar yang dianggarkan seramai 80 orang pelajar.

FB IMG 1482230769953
                                        Cikgu Hassan turut sama dalam mengibarkan jalur gemilang bersama pelajar


FB IMG 1482230792506
                         Cikgu Hassan dan pengetua Tahfiz Fitrah Ustaz Muhammad Hilmi bersama pelajar Tahfiz Fitrah



Majlis bermula sekitar 9 pagi dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmi majlis dan juga persembahan nyanyian yang bertenaga dari kalangan pelajar Tadika Tahfiz Fitrah. Aktiviti mewarna juga turut diadakan dikalangan pelajar bagi memeriahkan lagi suasana bulan kemerdekaan. Selain itu, kek yang berbentuk bendera Malaysia juga dihidangkan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Setelah majlis selesai, sesi bergambar kenangan diadakan di hari bermakna tersebut.

FB IMG 1482230690807
                                                     Pelajar 6 Tahun dalam sesi mewarna Hari Kemerdekaan



FB IMG 1482230709941

                                                     Pelajar 5 Tahun dalam sesi mewarna Hari Kemerdekaan

Majlis seperti ini sangat penting bagi memupuk semangat nasionalisma terhadap pelajar-pelajar “Generasi Alpha” (lahir tahun 2011 – 2025 ) ini. Generasi ini perlu lebih banyak diterapkan nilai patriotik dalam diri mereka agar mereka sentiasa mengingati asal usul mereka dan perjuangan pahlawan kita pada zaman dahulu agar mereka lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk terus menjaga keharmonian negara.

FB IMG 1482230824869
                                               Kek berbentuk bendera Malaysia yang dihidangkan pada majlis tersebut




 
Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL