
Pada tanggal 26 November 2016 (sabtu), telah berlangsungnya Hari Graduasi Tadika Tahfiz Fitrah. Hari graduasi ini diadakan di Dewan Serbaguna Yayasan An-Nahdhoh sekitar jam 1.30 - 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua Tahfiz Fitrah dengan mengumumkan beberapa perkara penting seperti pembukaan cawangan ke-4, kerjasama Tahfiz Fitrah bersama Saudagar Kurma, dan juga dewan rasmi Tahfiz Fitrah bagi tahun 2017. Ucapan perasmi majlis oleh Dr. Noorsuhada Bt Mad Nor dari pensyarah kanan fakulti civil engineering di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.
Persembahan permulaan oleh semua pelajar 4,5 dan 6 tahun memeriahkan pembukaan majlis dengan dendangan lagu Ya Nabi Salamualaika yang dipimpin oleh semua guru-guru Tadika Tahfiz Fitrah. Setelah itu, persembahan bercerita yang bertajuk Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira oleh Adik Nur Addawwiyah Izzi dari pelajar 6 Tahun Tahfiz Fitrah. Turut terlibat pelajar 6 tahun lelaki dan perempuan dalam mempersembahkan “coral speaking” yang bertajuk “How To Say Greeting” , “Sahabat Selamanya” dan juga “Tarian Kun Anta”.
Pelajar 4 tahun membuat persembahan yang amat comel ketika membuat gaya “Didi And Friends” dengan dua lagu mereka iaitu “Semut Berkawad” dan juga “Pertama Kedua Ketiga”. Selain itu nyanyian nasyid “Marilah Solat” dan “Bismillah…Alhamdulillah” masing2 dipersembahan oleh pelajar 5 tahun.
Graduasi 2016 ini dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah yang melibatkan ibu bapa yang hadir. Turut terlibat dalam majlis ini ialah pelajar Transit Tahfiz Fitrah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, khatam Al-Quran dan juga anugerah akhlak dan sahsiah.
Latihan pelajar 5 dan 6 tahun di surau Tahfiz Fitrah untuk persembahan graduasi 2016
Latihan pelajar 4 tahun di pentas sebenar garduasi 2016
Pelajar Tahfiz Fitrah menjamu selera selepas tamat latihan graduasi
Pengetua Tahfiz Fitrah berucap di Hari Graduasi Tahfiz Fitrah 2016 
Pelajar 6 tahun bersedia membuat persembahan
Pelajar perempuan menunggu untuk membuat persembahan

Semua pelajar berselawat sebagai pembuka persembahan Graduasi 2016
Semua pelajar 6 tahun bersama guru-guru dan pengetua Tahfiz Fitrah sebagai penutup persembahan Graduasi