27 Julai 2017 (Khamis) – Tadika Tahfiz Fitrah telah menganjurkan Hari Sukan Tadika bertempat di hadapan cawangan utama Tahfiz Fitrah Taman Pauh Indah.
Sukan ini telah melibatkan pelajar dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Pelbagai acara menarik diadakan antaranta tarik tali, isi air di dalam botol, lompat di dalam guni, meniti kerusi sambil membawa gelong, tarik upeh, lompat pagar, dan mengepit baju di ampaian.
Sukan adalah suatu riadah. Secara definisinya, sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.
Terdapat beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak. Antaranya ialah :
1) Perkembangan Motor Halus dan KasarPerkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otak yang bekerja secara bersama.
2) Daya Pemikiran Kreatif
Sukan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mencabar daya pemikiran mereka. Kanak-kanak dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa yang telah diberikan. Itu baru suatu cabaran yang menarik!
3) Sikap Kerjasama
Sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain dapat dibentuk melalui acara sukan. Tiada istilah menang seorang diri dalam dunia hari ini. Semua perkara memerlukan kemahiran bekerjasama untuk sampai ke puncak yang diidam semua.
4) DisiplinSukan membentuk displin dan personaliti diri. Latih tubi demi latih tubi dalam suatu rutin sukan yang digemari bakal membuatkan anak itu bertanggungjawab mematuhi arahan dan displin terhadap diri sendiri.
5) Keyakinan DiriPaling penting ialah semangat percaya pada kebolehan diri sendiri. Sukan mampu melonjakkan jati diri seseorang pelajar apabila setiap tugasan telah diselesaikan dengan sempurna. Ibu bapa juga melonjak gembira!

Pelajar dari cawangan 4 bersedia untuk ke cawangan utama

Pelajar memakai kasut sukan untuk ke padang

Hadiah hadiah yang disediakan untuk pelajar

Pelajar bersenam sebelum sukan bermula

Pelajar 4 tahun berhati hati memasukkan air di dalam botol

Antara aksi aksi pelajar 4 tahun

Pelajar 5 tahun memasukkan gelung selepas meniti titi (kerusi)

Antara aksi memasukkan gelong

Pelajar bersedia untuk lompat di dalam guni

Antara aksi lompat di dalam guni

Pelajar 6 tahun mengepit baju di ampaian

Pelajar 6 tahun menarik rakan mereka

Bersemangat Qistina Uzma untuk acara lompat pagar

Masing masing bersemangat dalam acara menarik tali

Pelajar dengan hadiah masing masing