
Graduasi 2012
Tadika Tahfiz Fitrah mula ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Ustaz Muhammad Hilmi bin Ahmad. Pada peringkat permulaanya, tadika ini ditubuhkan dengan 3 orang guru dan 7 orang pelajar. Walaubagaimanpun, tadika ini tetap diteruskan demi membawa didikan islam bermula dari kecil.
Semakin hari Tadika Tahfiz Fitrah mendapat sambutan ramai. Pada tahun 2008, Tadika Tahfiz Fitrah menubuhkan Transit Tahfiz Fitrah
(cawangan 3) beralamat di Lintang Pauh Indah. Tadika Tahfiz Fitrah menerapkan pembelajaran yang berasaskan didikan Islam dan juga akademik. Subjek akademik yang diterapkan adalah seperti bahasa melayu, English, matematik, sains, bahasa arab, krativiti dan penulisan jawi. Bagi subjek yang di ajar dalamkelas fardhu ain ialah fekah, jawi, sirah, bahasa arab, tilawah alquran, tajwid, dan akhlak. Selain itu, ilmu yang dipelajari dipraktikkan seperti berwuduk, bersolat, dan juga berdoa.
Setiap tahun, tadika akan membuat satu Majlis Graduasi untuk meraikan dan mengembangkan bakat para pelajar Tahfiz Fitrah. Tadika Tahfiz Fitrah pernah menyewa dewan di Politeknik Seberang Prai dan dewan Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang untuk menjalankan Majlis Graduasi untuk setiap tahun. Dengan semangat inginkan perubahan, tahun 2017 dan seterusnya Tadika Tahfiz Fitrah tidak perlu lagi menyewa dewan. Tadika Tahfiz Fitrah telah mempunyai tempat yang tersendiri yang selesa iaitu di Surau Assobirin Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah Padang Menora Tasek Gelugor Pulau Pinang
Surau Assobirin adalah milik bersama Tadika Tahfiz Fitrah dan juga Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah kerana Ustaz Muhammad Hilmi Bin Ahmad merupakan antara pengasas Maahad tersebut.




Graduasi 2014
Graduasi 2014
Graduasi 2014



Graduasi 2017

Surau Assobirin Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah
Graduasi 2017