fr logo
fr logo
youtube
facebook
instagram
innerbannertf
Hari ini kita menyambut Hari Merdeka Ke-62 yang seharusnya disambut dengan penuh keinsafan untuk terus mempertahankan keharmonian dan memajukan lagi negara. Kita perlu memperbaharui tekad untuk sama-sama menyokong gagasan menjadikan negara maju menjelang 2025, walaupun tersasar daripada sasaran asal melalui Wawasan 2020.
Tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ hendaklah dihayati kerana ia membawa maksud tersendiri - membersihkan diri daripada segala ‘kekotoran’, terutama rasuah dan menjadi insan berguna dengan keperibadian unggul. Kita harus mewujudkan semangat dan memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya
Tadika Tahfiz Fitrah juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari bersejarah ini. Disamping itu dapat memupuk nilai patriotik di kalangan pelajar dan menanam semnagat kemerdekaan dalam diri setiap pelajar.  Berikut adalah gambar gambar sepanjang sambutan Hari kebangsaan. 
69212540 2437972956296608 2995239037507207168 o

Pelajar bersama Jalur Gemilang

68972909 2437977972962773 4684047210818568192 o

Perarakan

69199450 2437985149628722 7665089981253156864 n

69241588 2437985792961991 2592129676440764416 n

Anak Merdeka

69723145 2437977739629463 2000338811468382208 o

Kibarkan Jalur Gemilang

70385983 2437977666296137 6030963875560554496 n

70324813 2437985712961999 8290625901759037440 n


70385983 2437977666296137 6030963875560554496 n


Lawatan Tadika Tahfiz Fitrah 2019

Tempat : Balai bomba dan Taman burung
Tarikh : 20 April 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Pakian : Baju sukan tadika



58033181 2214318085328764 4475218062571732992 o
Pelajar melawat sekitar Taman Burung sambil mengenali nama haiwan tersebut





57306097 2213030248790881 6478962405148721152 o

Pelajar menaiki lori bomba



57378657 2214317938662112 2076002872364892160 o

Pelajar teruja melihat Burung Unta

57484823 2212585518835354 5253826716291301376 o
Bergambar kenangan bersama rakan


57578652 2212955898798316 3782233026461696000 o
Bersama bot penyelamat



57936005 2212957005464872 353651034536542208 n
Mempelajari cara cara untuk mempercepatkan masa ke destinasi bahaya



57614928 2213057228788183 2729765794681454592 n

Mengambil pengalaman

58377720 2214471815313391 1625611753935077376 n
Bersama burung yang hampir pupus
page


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratAllah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah Majlis Sambutan HariGuru Peringkat Tadika Tahfiz Fitrah 2018 diadakan di cawangan masing masing. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang amat istimewa khusus kepada semua guru di Malaysia.Tanggal16 Mei merupakan hari pengiktirafan negara terhadap jasa dan bakti guru atas usaha melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara untuk hidup kekal dalam suasana aman, harmoni dan makmur. Semoga jiwa pendidik yang luhur sentiasa subur dalam sanubari setiap guru. 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


OBJEKTIF

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
32154394 1695062157254362 7208777326987837440 o

32169009 1695158927244685 4913876412680634368 n

32186418 1695160030577908 4567049827774365696 o

32215177 1695159097244668 3971063325214638080 n

32222261 1695158987244679 4586414250469097472 n

32243724 1695160473911197 2718953759974621184 n

32283683 1695162493910995 2103686088366227456 n

32555230 1701057826654795 3778658724613193728 n

32602597 1701058969988014 6593753334643949568 n

32602615 1701058813321363 4724068922968506368 n

32634501 1701058713321373 514008861212934144 n


32781642 1701058386654739 7474474337609711616 n




srnk01.jpg 1517811685
Impian untuk melihat anak bangsa mempunyai ilmu duniawi dan akhirat sebagai bekalan menjadi pendorong kepada individu ini untuk menceburi bidang keusahawanan pendidikan.
Pada masa sama ingin memperkenalkan konsep secara proaktif, kreatif dan inovatif yang sepatutnya menjadi sikap dalam kalangan kanak-kanak Islam berjaya.
Justeru, segalanya cuba dizahirkan pengasas dan pemiliknya, Mohd Helmi Ahmad, 43, menerusi penubuhan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Tahfiz Fitrah di Pulau Pinang.
Ia mengutamakan penguasaan pendidikan anak mengikut sunah Rasulullah sebagai teras dalam membina murid cemerlang secara holistik.
Mohd Helmi sentiasa berusaha dengan berdikari bagi menjana pendapatan selain turut menabur budi kepada masyarakat.
“Kami memberikan penekanan bukan saja meliputi aspek duniawi seperti pendidikan bahasa Inggeris dengan teknologi terkini, tetapi pada masa sama memberi didikan mengikut kategori umur,” katanya.
Mohd Helmi berkata, bagi kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun, ibu bapa dinasihatkan supaya banyak bergurau, membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang.

Picture1
KANAK-kanak sedang mengikut aktiviti bercerita.

Pada kategori umur berkenaan, ibu bapa sebaiknya mengelak daripada menggunakan pendekatan agak kasar seperti merotan, sebaliknya lebih banyak menasihati anak mereka.

“Kami memberikan tumpuan kepada kanak-kanak berusia dari tujuh hingga 14 tahun. Pada usia begitu, ibu bapa perlulah mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab khususnya dalam aspek solat, puasa serta ibadat.

“Kita mahu tujuan akhir pendidikan ialah membentuk insan bersih personaliti, corak kehidupannya, emosi, suci budi pekerti, murni dalam pergaulan disertai unsur berlandaskan perintah Allah seperti terkandung dalam al-Quran dan hadis,” katanya.

Mohd Helmi berkata, remaja berusia 15 hingga 21 tahun pula hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat selain menghormati mereka selagi tidak melanggar syariat Islam.

Bagi anak berusia 21 tahun ke atas, ibu bapa hendaklah memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam termasuk berperanan sebagai penasihat supaya segala tindakan mereka terkawal.


111111
SEORANG pelajar dibimbing guru dalam pengajian al-Quran.

“Sokongan dan dorongan daripada keluarga adalah faktor kejayaan apabila mereka selama ini tidak jemu membantu saya memajukan tadika ini pada saat penubuhannya hingga mencipta kejayaan selepas melalui pelbagai saat suka dan duka.

“Teknik pembelajaran diperkenalkan di tadika ini merangkumi kaedah menyeronokkan selain membantu kanak-kanak belajar dengan mudah, cepat dan kurang tekanan bagi memberi lebih tumpuan ketika sesi pembelajaran.

“Kami terus mengorak langkah bagi meningkatkan mutu pendidikan dengan menjalinkan kerjasama dengan melantik pakar Qiraat Al-Azhar, Syeikh Muhammad Abdunnabi Abdil Hasib sebagai penasihat kehormat bagi memantau tadika berkaitan al-Quran.

“Kepakaran beliau mempraktikkan cara lebih berkesan bagi memantapkan penguasaan kanak-kanak terhadap al-Quran sejak kecil lagi,” katanya.











Subcategories

Laman web kami telah dilindungi sepenuhnya oleh Comodo SSL