You are here: Home Blog Aktiviti Pelajar

Tadikatahfizfitrah.com

Aktiviti Pelajar

Print

KUALA LUMPUR 11 Jun 2010 - Kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan umur murid yang mengikuti prasekolah secara formal daripada enam kepada lima tahun secara sepenuhnya pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid.

Last Updated ( Friday, 11 June 2010 10:42 ) Read more...
 
Print
8 Mei 2010 – Tahun 2010, sekali lagi Kumpulan Tadika Tahfiz Fitrah dan Tadika Comel Bestari beraksi dalam Sukaneka Tahunan 2010 yang telah diadakan di Padang RT Taman Pauh. Acara sukaneka yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 pagi ini dimeriahkan lagi dengan adanya pihak HPA yang telah menjadi penaja bagi acara sukan tahun ini.
Last Updated ( Friday, 14 May 2010 09:12 ) Read more...
 

Karnival Sukan 2008

E-mail Print PDF

17 MEI 2008 - Karnival Sukan Tahunan tadika-tadika Islam di adakan di Padang Politeknik Seberang Perai. Hasil gabungan idea Tadika Tahfiz Fitrah dan Khalifah Intelek, karnival sukan ini dapat direalisasikan. Kegembiraan dan keseronokan dapat dilihat di wajah pelajar-pelajar bahkan para ibubapa juga tersenyum girang melihat keletah anak-anak. Sokongan penajaan daripada FAREEDA (Jenama tudung muslimah) dari FAIRUZ ZAKARIA ART & DESIGN memberi impak yang baik dalam menjayakan karnival sukan ini.

Last Updated ( Saturday, 21 November 2009 12:02 ) Read more...
 

Persembahan Patriotik Tadika 2007

E-mail Print PDF

Sabtu - 5 Ogos 2007, Tadika Tahfiz Fitrah telah menyertai pogram Persembahan Patriotik 50 tahun merdeka yang melibatkan kanak- kanak tadika sempena pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2007 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Persembahan yang berjalan hampir setengah hari itu bertempat di padang Kompleks SONY Seberang Jaya, Pulau Pinang. Beberapa Tadika terlibat seperti Graduan kecil Sebagai pengerusi jawatankuasa majlis di ikuti Tadika Comel Bestari, Tadika Intelek Muda Bestari Tadika Jaya Wawasan (Yuan Yuan) dan Tadika Perpaduan Sembilang.

Tadika Tahfiz Fitrah telah mempersembahkan persembahan berbentuk pentomen memperjuangkan kemerdekaan menegakkan Bendera Malaysia di sertai dengan nyanyian Lagu Tegakkan Bendera Kita dan Sebuah Nasyid bertajuk Malaysia Tanah Airku.  Persembahan yang melibatkan pelajar seramai 28 orang itu sungguh menarik perhatian para penonton, dengan lakonan si kecil cili padi mencuit hati dan nyanyian yang syahdu dari Nasyid Mawaddah yang bertajuk Malaysia Tanah Airku. Antara nama Pelajar yang terlibat iaitu Adik M.Danial Ashraff, Adik Hareez Zhafri, Adik Mohd Syakirin Raimi, Adik Harith Fathi, Adik Mohd Haeeqal, Adik M.Afifi Yushairi, Adik Mohd Yusof, Adik Mohd Suhail, Adik Aiman Rusdi, Adik Aiman Husein Khan, Adik Zikril Haziq, Adik Alif Aimar, Adik Nabihan, Adik Irfan Bazli, Adik Irfan Hafitz, Adik Irdina, Adik Anis Nabilah, Adik Balqis Farhana, Adik Farzanna, Adik Ashraf Asnawi, Adik Nurin Haifa, Adik Zetty Akhtar, Adik Damia Athirah, Adik Anis Syahirah, Adik Tasnim Amirah, Adik Siti Khadijah, dan Adik Siti hajar.

Alhamdulillah, program ini keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun baru pertama kali Tadika ini menyertai Program peringkat negeri seperti ini. Latihan yang singkat dalam tempoh 2 minggu sebelum tiba hari yang dinantikan berjaya di persembahkan kepada penonton dengan begitu baik .

Penglibatan pelajar- pelajar ini dapat memupuk mereka dari kecil pentingnya kita sebagai warganegara mendaulatkan Negara, memperjuangkan kemerdekaan, kedamaian, keharmonian dan menabur bakti dalam mengharumkan nama Negara Malaysia bukan sahaja maju dalam pelbagai bidang Teknologi malahan Malaysia dikenali dengan Negara Islam seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Abdullah Ahmad Badawi.

 

Last Updated ( Saturday, 18 April 2009 13:48 )
 

Lawatan Sambil Belajar ke Aquarium P.Pinang 2006

E-mail Print PDF

Pada 2 September 2006, Tadika Tahfiz Fitrah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquarium pulau pinang. Lawatan ini disertai seramai 44 orang pelajar dan 10 orang guru. Tujuan lawatan  adalah untuk membawa pelajar - pelajar  menjelajah ke dasar lautan dan melihat sendiri kehidupan laut ciptaan ALLAH S.W.T. Di sana mereka mula mengenali spesis - spesis kehidupan marin, yang selama ini belum pernah dilihat. Kehidupan laut ini berjaya menambat hati pelajar - pelajar membuatkan mereka lebih teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hidupan laut ciptaanNYA. Lawatan ini diteruskan pula dengan membawa pelajar - pelajar ke Taman Belia, Pulau Pinang. Taman rekreasi itu mempunyai daya tarikan tersendiri dengan landskap yang berbagai dan suasana hutan yang masih bersisa. Taman itu juga telah menyediakan tempat bermandi - manda sesuai untuk sesiapa yang gemarkan hobi tersebut . Pelajar - pelajar juga tidak melepaskan peluang  untuk merehatkan badan selepas makan tengah hari. Guru - guru tidak lupa menjalankan amanah mereka untuk mengawal setiap pergerakan pelajar - pelajar agar tidak terjadi benda - benda yang tidak diingini sepanjang lawatan . Walaupun hujan turun dengan lebatnya, namun lawatan ini tetap berjalan lancar seperti yang telah di rancangkan. Pelajar - pelajar telah di hantar pulang pada jam 4.00 petang. Senyuman dan kegembiraan masih terpapar di wajah setiap pelajar walaupun masing - masing dalam keadaan penat.

 

Last Updated ( Saturday, 18 April 2009 13:51 )
 
hilmi113
buy generic viagra | order discount viagra online | female version of viagra | is viagra safe for women | cheap viagra | free viagra sample | price of viagra | viagra purchase | bad side effects of viagra