Krisis di Teluk antara pihak Amerika dan Iraq yang berlanjutan hingga sekarang sudah dibayangkan bakal berlakunya di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bukti kebenaran yang dibawa oleh baginda.
Ucapan ini datangnya dari seorang yang benar lagi dibenarkan kata-katanya atau Sodiqul Masduq. Itulah gelaran bagi Rasulullah.
Pertama : Selepas Khulafa’ur-Rasyidin, akan muncul pemerintah- pemerintah di kalangan umat Islam yang menyeleweng daripada AI Quran dan Hadis, menindas dan gila dunia.
Kedua: Daerah pemerintahan meluas umat Islam hingga menguasai tiga perempat dunia.
Ketiga: Banyak terbina bangunan yang tinggi-tinggi.
Keempat: Perempuan sudah hilang malunya
Kelima: Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
Keenam: Tersebarnya ilmu pengetahuan.
Ketujuh: Umat Islam akan kembali kepada cara hidup orang Yahudi dan Kristian.
Kelapan: Banyak makanan haram, berlaku rasuah dan riba, yang tidak dapat dielakkan lagi.
Kesembilan: Orang kafir telah menguasai umat Islam hingga umat Islam terhina dan tertindas di mana-mana.
Kesepuluh: Ulama-ulama dan pembaca-pembaca AI Quran ramai yang fasiq.
Kesebelas: Umat Islam sangat cinta dunia dan takut mati.
Kedua belas: Umat Islam lebih cenderung belajar ilmu dunia daripada ilmu Akhirat.
Ketiga belas: Masjid hanya menjadi bangunan hiasan yang indah-indah, untuk ditonton, bukan untuk dijadikan tempat ibadah dan mengingati ALLAH SWT.
Keempat belas : Banyak berlaku peperangan dan pembunuhan.
Kelima belas: Banyak berlaku bencana alam seperti gem pa bumi, banjir, ribut taufan, ledakan gunung berapi dan pelbagai macam bencana lagi.
Keenam belas: Banyak berlakunya zina dan lahir anak zina.
Ketujuh belas: Orang belajar dengan tujuan keduniaan dan bukan kerana ALLAH lagi.
Kelapan belas: Anak jadi tuan, ibu jadi hamba.
Begitu juga dengan peristiwa Perang di Iraq ini, ALLAH jadikannya untuk membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah SAW itu. Lebih 1400 tahun yang lalu diucapkannya dan ternyata sekarang terjadi di hadapan mata kita.
Menurut hadis bermaksud,
“Tidak akan berlaku Qiamat sehingga tersingkap Sungai Furat (di Iraq) menampakkan gunungan emas (minyak) maka berperanglah manusia kerananya. Akibatnya terbunuhlah daripada setiap seratus, seramai sembilan puluh sembilan orang”.
(Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : ”Sesungguhnya sebahagian daripada tanda Qiamat itu, banyaknya berlaku Al Kharaj iaitu pembunuhan (peperangan)”.
(Riwayat Mutawatir)
Hadis-hadis mengenai Peperangan Teluk ini bukan saja tanda kebenaran ucapan Rasulullah, bahkan ia juga tanda dunia ini sudah terlalu tua. Ia juga sebagai petanda semakin hampirnya kezahiran seorang Penyelamat Dunia yang bertaraf antarabangsa iaitu Al Mahdi AI Muntazar, sebagaimana yang juga sudah pun dijanjikan oleh Rasulullah. Al Mahdi merupakan penyelamat umat di akhir zaman. Beliau juga merupakan seorang khalifah akhir zaman untuk menegakkan keadilan sepertimana orang lain datang untuk menegakkan kefasiqan di muka bumi ini.
Bersama kedatangannya, beliau membawa kedamaian, kasih sayang, keamanan dan kemakmuran sepertimana yang ALLAH firmankan dalam AI Quran:
Terjemahannya : Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (As Saba’: 15)
Seperti juga orang Islam, orang-orang kafir turut sama menunggu seorang penyelamat di akhir zaman. Kalau umat Islam menunggu Imam Mahdi dan selepas itu diiringi pula oleh Nabi Isa a.s., orang Yahudi yakin akan munculnya ‘AI Messiah’. Bagi orang Kristian pula, mereka menantikan kemunculan ‘Tuhan’ Jesus Christ sebagaimana akidah yang diyakini mereka.
Ketiga-tiga golongan agama ini masing-masing percaya, selain daripada pemimpin yang ditunggu-tunggu itu membawa keamanan, keadilan, kasih sayang dan kemakmuran, ia juga datang untuk membela mereka dan agama mereka. Tapi bagi umat Islam, mereka tetap berkeyakinan bahawa Imamul Mahdi dan Nabi Isa a.s. itu adalah pembela kepada umat Islam. Dua pemimpin itu akan datang untuk memerangi orang-orang kafir yang keras kepala, yang tidak mahu tunduk kepada Islam dan enggan membayar jizyah, termasuklah orang-orang Yahudi dan Kristian yang menjangka penyelamat itu akan membela mereka.
Ini merupakan khabar gembira dan hadiah besar daripada ALLAH untuk mereka yang yakin dengan janjiNya dan Pesuruh-Nya. Ini merupakan nikmat yang paling berharga, kerana selepas ini iaitu tidak lama lagi, akan lahir seorang pemimpin besar yang ditunggu-tunggu dan yang dirindukan selama ini iaitu Al Mahdi.
ALLAH simpan dia dan ALLAH zahirkannya untuk membela umat Islam dan ajaran Islam, Dia yang kita tahu akan menjadi khalifah akhir zaman.
Beliau dibekalkan oleh ALLAH kemampuan dan kekuatan untuk menukar corak pemerintahan dunia yang selama ini penuh dengan kucar-kacir, huru-hara, kezaliman, penindasan, kekejaman, penuh noda dan dosa kepada keadilan, kasih sayang, kedamaian dan kemakmuran.
Siapakah yang akan menang atau kalah dalam Peperangan Iraq ini? Kemenangan tetap berpihak kepada Islam yang akan mengulangi sejarah kegemilangannya buat kali kedua, bila pemimpin besar yang dijanjikan tiba dengan membawa bersamanya kemenangan dan keadilan. Itulah kemenangan mutlak kepada umat Islam di seluruh dunia.



