Tadika Tahfiz Fitrah mempunyai kemudahan sistem online untuk pendaftaran . Ibu bapa boleh terus mendaftar di rumah tanpa perlu bersusah payah datang ke tadika . Setelah pendaftaran disahkan dan pembayaran dilakukan , ibubapa akan diberi password untuk login ke dalam sistem untuk melihat resit pembayaran tersebut. Ibu bapa juga boleh membayar yuran pengajian dimana-mana cawangan kami , kerana semua cawangan kami memggunakan sistem online. Sistem kami adalah selamat kerana telah mengalami tempoh percubaan selama lebih kurang tiga tahun. Bukan itu sahaja , ibu bapa boleh mengetahui rekod kedatangan anak-anak, pencapaian anak-anak , malah boleh menghantar komen kepada pihak tadika. Segala ini kami lakukan supaya kami dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak umat Islam.
Tadika juga mempunyai kemudahan Lab komputer untuk sesi pembelajaran , malah setiap kelas dibekalkan dengan kemudahan komputer bersaiz besar , kerana banyak program pembelajaran menggunakan teknologi komputer . Melayari internet juga diajar kepada kanak-kanak dengan pengawasan dan sistem admin .
