You are here: Home Home Pengenalan Tadika

Tadikatahfizfitrah.com

PENDAHULUAN

Setiap anak , dari detik kehamilan ibunya , telah dibekalkan dengan FITRAH ( potensi ) membesar agar sempurna dari segi fizikal , kesihatan , kecerdasan akal , akhlak dan imannya . Proses ini membesar secara bertahap - tahap . Ia mudah disempurnakan pembangunanya jika setiap tahap berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar ( fitrah ) bagi tahap itu.

Jika ini terhasil , tahap sempurna itu akan memudahkan pula pembinaan tahap yang menyusul , secara bertertib hinggalah terhasil pembangunan yang sempurna , selaras dengan mutu Fitrahnya. Anak-anak akan memperolehi kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh .  

Justeru itu Tahfiz Fitrah menyediakan pola pendidikan bermula dari detik kelahiran bayi tersebut sehinggalah menjelang akhil baligh supaya  cinta kepada Allah ,  kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang pelajar itu pandai tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia . Ia amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia . Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang pelajar malah lebih jauh dari itu kerana ia akan membentuk sistem kehidupan yang menjamin kebahagiaan pelajar tersebut di dunia dan di akhirat.

VISI
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

MISI
Memperkasakan sistem pendidikan islam di samping tuntutan pendidikan semasa pada peringkat pra sekolah bagi menjana generasi pelajar yang berketerampilan dari segi ilmu dan sahsiahnya.

OBJEKTIF
Objektif dan matlamat kami adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai gandingan ciri-ciri berikut :-

  • Melahirkan individu yang beriman, berilmu, bertanggungjawab dan berketerampilan dengan skil-skil terkini (sistem pembelajaran).

  • Berusaha mewujudkan peribadi yang mencernakan akidah dan akhlak islam.

  • Untuk menyuburkan potensi pelajar dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan konsep pendidikan islam.

PENERAPAN NILAI
Pihak warga Tadika Tahfiz Fitrah akan berusaha menyumbang secara menyeluruh dan berkesan kepada kejayaan tadika seiring visi dan misinya. Justeru itu dalam sistem kerja, kami akan menerap ciri-ciri berikut:-

  • Fokus pengguna
    Pihak tadika komited dalam menjalinkan hubungan baik antara para waris dan pelajar-pelajar sebagai individu penting yang sentiasa mempunyai keperluan dalam memenuhi tuntutan pendidikan anak-anak mereka. Maka pihak kami akan sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan tadika dari semasa ke semasa.

  • Kerja berkumpulan (Musyawwarah)
    Kami sentiasa mewujudkan persekitaran dan suasana kerja yang kondusif bagi memberi ruang dan peluang kepada guru untuk mengoptimumkan potensi dirinya. Di samping itu, kami mengamalkan konsep keterbukaan dan perbincangan bersama dalam memikul tugasan agar wujud persefahaman dan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.

  • Inovasi
    Kami para pendidik akan sentiasa melengkapkan pengetahuan mengenai pendidikan pra sekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

RUMUSAN
Kesimpulannya kita perlulah memahami bahawa walaupun setiap generasi pelajar itu umumnya adalah sama untuk setiap zaman, tetapi ianya mempunyai penekanan dan pendekatan mentarbiyah mengikut peredaran masa. Maka marilah kita sama-sama mendidik berlandaskan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah dan seiring dengan kata-kata para sahabat :- Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka bukan hidup di zaman kamu.

22

 
hilmi113
buy generic viagra | order discount viagra online | female version of viagra | is viagra safe for women | cheap viagra | free viagra sample | price of viagra | viagra purchase | bad side effects of viagra