You are here: Home Blog Aktiviti Pelajar SUKANEKA TAHUNAN KUMPULAN TADIKA 2010

Tadikatahfizfitrah.com

Print
8 Mei 2010 – Tahun 2010, sekali lagi Kumpulan Tadika Tahfiz Fitrah dan Tadika Comel Bestari beraksi dalam Sukaneka Tahunan 2010 yang telah diadakan di Padang RT Taman Pauh. Acara sukaneka yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 pagi ini dimeriahkan lagi dengan adanya pihak HPA yang telah menjadi penaja bagi acara sukan tahun ini.

Selain itu, terdapat juga gerai jualan buku kanak-kanak, tudung, makanan dan tidak ketinggalan gerai jualan daripada pihak penaja. Para ibubapa dan orang ramai yang hadir dapat menyaksikan gelagat si kecil beraksi dalam pasukan rumah masing-masing. Terdapat 3 pasukan yang dipertandingkan iaitu pasukan rumah merah, biru dan kuning yang mewakili setiap tadika. Masing-masing bersemangat menunjukkan aksi hebat untuk bersaing merebut kejuaraan. Antara permainan yang dipertandingkan oleh si kecil ialah pungut gula-gula, kumpul mutiara, kejor yop kejor, catwalk, isian berharga, fokus bola, menuju impian, jalan ketam dan akrab persahabatan. Para ibubapa juga tidak ketinggalan menunjukkan aksi dalam acara yang telah disediakan khas untuk mereka iaitu musang berjanggut, memancing dan sambut kasih. Guru-guru juga turut melibatkan diri untuk memeriahkan lagi acara sukan ini dengan menyertai acara tiup belon dan makan aiskrim. Biarpun keletihan dalam suasana panas terik namun kegembiraan jelas terpancar diwajah ibubapa dan para pelajar yang telah mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak penaja, HPA, guru-guru tadika, Ramli Filling Station dan semua ibubapa yang telah turut serta dalam menjayakan Hari Sukaneka Tahunan 2010 yang akan menjadi kenangan buat semua warga tadika bagi tahun ini.

Last Updated ( Friday, 14 May 2010 09:12 )  
hilmi113
buy generic viagra | order discount viagra online | female version of viagra | is viagra safe for women | cheap viagra | free viagra sample | price of viagra | viagra purchase | bad side effects of viagra